Sinopsis Abang Lejen

Mengisahkan tentang Ajim yang menetap di kampung bersama adiknya Alan. Ajim membesarkan Alan setelah kematian ibu bapa mereka dan sanggup melakukan apa saja demi adiknya itu. Ajim yang meminati filem Hindustan dan Tamil mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung dan juga Alan.

Pada suatu hari ,peristiwa yang tidak diduga telah berlaku yang menyebabkan Alan berhijrah ke Kuala Lumpur dan tidak menghubungi lagi Ajim. Dek kerana risau akan adiknya, Ajim ke Kuala Lumpur diikuti Intan. Keadaan bertukar menjadi lain apabila Ajim mendapat tahu yang Alan berdepan dengan masalah. Ajim cuba membantu tetapi pertolongannya ditolak oleh Alan. Apakah sebenarnya berlaku kepada Alan? Bagaimana pula kesudahan cinta Intan terhadap Ajim?